Sunday, July 20, 2008

Balik Kampung Kenduri Kak Long


Pada 19 dan 20hb Julai 2008 lalu, kami balik kampung. Disamping jenguk Yong, juga ada kenduri anak Kak Long, Chaya. Dapat jugak jumpa sedara mara yang lama tak jumpa, abang Adek, Bachok, Udin, Bechik, Hj Mail, Abg Karek dan lain-lain.
Bila balik kampung, riuh rumah seketika. Kesempatan untuk cucu-cucu berjumpa dan tunjuk skill. Musim durian dan rambutan buat pening kepada, tak termakan.
Dapur baru juga dah siap. Tinggal rumah depan belum diturunkan, jangkanya lepas raya.