Wednesday, December 31, 2008

TAHNIAH DIBA

Keputusan PMR telah diumumkan, setinggi tahniah kepada Diba yang berjaya mendapat 7A 2B. Semoga menjadi peransang untuk yang lain

Saturday, December 27, 2008

Bowling

Hari ni, 27hb Dis 2008, kami anak beranak, kecuali si Kembar tu [yang mengikuti Kem Kecemerlangan Diri Berita Harian di Ulu Bernam], ke IOI Puchong, bersantai sambil bermain Bowling. Boleh tahan jugaklah, banyak jugak bola yang masuk ke longkang.


Thursday, December 25, 2008

Selamat Tahun Baru dan Sekolah semula

Tentu mak bapak sibuk dengan urusan anak2. Banyak jugak rupanya kos nak sekolahkan korang ni anak2 oiii.. Dulu atok dengan nenek cuma noreh getah, dapat elaun ketua kampung setahun sekali dan part time nikahkan orang, mampu untuk sekolahkan anak2 yang sepuluh orang. Terimakasih Bak dan Yong, semua anak2 jadi orang...

Sunday, December 21, 2008

Selamat Pengantin Baru Cik Timah

Kami baru balik dari Kg Jawa, Sabak Bernam menghadiri kenduri kahwin sepupu Kak Ruzi. Nama pengantin perempuannya Fathimah, lupa plak nama suaminya. Dalam perjalan balik terjumpa arca menarik kerusi ini.

Selamat Datang







Cik Eaa selamat melahirkan bayi yang ke-5, perempuan pada 22hb lalu jam 4:30 petang di Salam Medical Centre, Shah Alam. Tahniah buat seisi keluarga. Boleh buat kawan Mardhiah. Ada apa-apa cadangan nama, kalau Markonahpun sesuai gak kan...







Sunday, December 7, 2008

Sebelum Hari Raya Haji


Berjumpa lagi,

Bila bercuti, inilah kegiatan diaorang

Wednesday, November 5, 2008

Kampung Baru



Dalam tercari-cari ilham nak sarapan apa pagi isnin yang lalu, tercetus selera nak makan nasi lemak Mak Wan Nor dekat Kampung Baru. Ah itulah tempat Cik Ayi membesar sebagai bujang, tak banyak jauh bezanya kampung Baru.










Saturday, November 1, 2008

Gebeng, Kuantan



Pada 29 hingga 31 Okt yang lalu, Cik Ayi pergi ke ILP, Gebeng Kuantan. Kesana atas urusan kursus Kad Hijau CIDB. 3 hari di sana, dapat duduk di 2 lokasi yang berbeza, Batu Hitam Resort dan De Rhu. di De Rhu ni pantai cantik dan kemudahan banyak, kolam renang besar, sesuai kalau nak buat family day. Korang percaya tak, ada tempat nama Sungai Karang di Kuantan tu, ada sapa-sapa yang ingat lagi Sungai Karang. Wah besar jugak Sungai Karang ni ya, dari Johor sampai Pahang.


Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya

Raya disambut dengan gemilang. Menandakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Setelah dibulan yang penuh dengan berkat kita memperkasa ruhiyyah, maka Syawal yang datang kita beristiqamah dengan ibadat.
Kesempatan berada di kampung, diambil untuk menziarahi Mak Long, Mak Ngah, Wak Tumi, Wawi. Tidak ketinggalan raya kedua ke rumah Mak Pik, Aya, Juk, Mak Ucu, Wak Epong, Abang Usuk dan Mak Cik. Raya ketiga, insyaallah ke Kluang, tengok Uda di sana. Kita doakan Uda berdua cepat sembuh. Juga terus ke rumah Janik, ah, julung-julung kali...
Raya kedua, cucu2 Nenek bebas lepas, menunjuk skil masing-masing, riuh rendah rumah dibuatnya. Pening kepala nenek dibuatnya, mak bapak yang geram...Sempat jugak Nenak siapkan burasak [round kedua] untuk sedara mara yang datang.

Thursday, September 25, 2008

Raya



Selamat Hari Raya semua. Cik Ayi dan family akan beraya dulu [solat raya aje] kat Klang. Lepas tu akan balik kampung, lama gak kat kampung nanti, sampai hujung minggu. Sempat mabuk berasak.

Dikesempatan ini kami sekeluarga memohon maaf andai terdapat salah silap, kata-kata yang menyinggung perasaa, niat-niat yang tidak baik serta minta halal segala makan minum.

Semoga Ramadhan menjadi titik perubahan dalam hidup kita.

Wednesday, September 24, 2008

selamat ari raya

hai sume..selamat ari raya..maap zahir dan batin...

Sunday, August 24, 2008

kenapa ucu tak dapat balik kampung







salam semua...ape citer kat kampung selama ketiadaan ucu ek..? sedih tak dapat balik kampung tu tapi nak buat lagu mana dah, merantau menuntut ilmu... wlupn cuti midsem aritu sma dengan cuti sekolah tp still tak dapat balik dlam semgu tu..




17/8/08 aritu, selain ada kenduri di kampung, tarikh ni clash dengan Global Presentation dari Prof. Freeman dibawa khas oleh Starkey, sebuah sykt pembuat hearing aids dari US. nak lepaskn sayang... dpt banyak input dari presentation kali ni.. ramai jugak la yg hadir dari seluruh malaysia..




ucu tak dapat balik bukan sebab presentation ni saja. biasala kan, dah final year, sibuk dengan tesis la gamaknya.. tesis ucu pulak melibatkan subjek yg berkenaan dri semua klinik gigi dalam Kota Bharu.. huhu~~~ advance tak.. banyak keje btul kene buat.




dah la tu, busy bukak gerai masa ekspo kampus plak tu... expo kampus ni dibuat masa 21-23/8/08 lepas... wlaupun penat tp berbaloi... dadih yang ucu buat laku macam pisang goreng panas...




hhmmmm...sebagai budak merantau jauh ni..memang banyak kali tak dapat balik masa adik beradik brkumpul @ buat kenduri.. kalu balik pun, bazir masa kat jalan je, lagipun skrg ni dah takde flight JB-KB,,kene la naik bas yg ambil masa separuh ari nak sampai...




ape2 pun... to my mom, my siblings and my lovely nieces n nephews... wish me luck towards this final year.... ganbatte ne....!!!! ajaaa!!!!!

Monday, August 18, 2008

Kenduri Arwah & Cukur Rambut





Kenduri Arwah Bak telah selamat berlangsung pada petang 17 Ogos 2008 Ahad yang lalu. Juga majlis potong rambut/cukur jambul ahli baru Keluarga Wak Niah, Ar Rashid.

Semua adik beradik balik, cuma sorang aje yang tak berkesempatan, sapa tu, Ucu ke namanya...

Dengan Briani Foad, ada kambing, daging lembu, ayam masak merah, nenas, tambah plak dengan pulut kuning dan kek. Nampak berselera jemputan.

Gambar-gambar masa majlis tak sempat lagi di upload, sebab camera tertinggal kat kampung. Balik ke KL tergesa-gesa malam Ahad tu dengan kecewa kerana Choong Wei kalah. Penat tu tunggu sampai malam.

Sunday, July 20, 2008

Balik Kampung Kenduri Kak Long


Pada 19 dan 20hb Julai 2008 lalu, kami balik kampung. Disamping jenguk Yong, juga ada kenduri anak Kak Long, Chaya. Dapat jugak jumpa sedara mara yang lama tak jumpa, abang Adek, Bachok, Udin, Bechik, Hj Mail, Abg Karek dan lain-lain.
Bila balik kampung, riuh rumah seketika. Kesempatan untuk cucu-cucu berjumpa dan tunjuk skill. Musim durian dan rambutan buat pening kepada, tak termakan.
Dapur baru juga dah siap. Tinggal rumah depan belum diturunkan, jangkanya lepas raya.


Thursday, June 12, 2008

Tahniah

Eaaa sukanya hati ada blog ni, sapa buat tu...

Selamat Datang


Assalamualaikum wbt.

Syukur kehadrat Allah swt, setelah sekian lama dirancang dan sekian lama tak jumpa, kewujudan blog anakbakdanyong diharap dapat menjadi titian mengeratkan anak-anak arwah Bak dan Yong. Imah, Icah, Ayi, Juk, Foad, Zahar, Pajid, Kakak, In dan sapa lagi sorang tu...

Selamat datang ke blog anakbakdanyong.

Semoga semua anak dan cucu Arwah Bak dan Yong dapat menggunakan forum ini untuk memberi maklumat keluarga masing-masing, aktiviti keluarga, perkembangan di kampung, sakit pening, pendapat dan juga sebarang bahan yang boleh dikongsi bersama.

Marilah kita sama-sama 'berkampung' di blog ini.

Hantar komen korang terus ke blog ini atau ke emel aku ahayimn@yahoo.com

Dengan lafaz, 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang' aku melancarkan laman blog anakbakdanyong.